Hibah Takaful Sebagai
Pengganti Pendapatan
Keluarga Anda

Hibah merupakan salah satu jenis perlindungan yang terdapat di AIA. Perlindungan ini boleh membantu diri anda meneruskan kehidupan sekiranya terkena Hilang Upaya Kekal, dan membantu keluarga anda meneruskan kehidupan sekiranya berlaku kematian. Selain daripada Hibah Takaful, kami juga menawarkan pelan takaful lain seperti Medical Card Takaful

KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL
MELINDUNGI PENDAPATAN
Sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut terjejas!

Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah Takaful untuk diri anda. Apabila terkena Hilang Upaya Kekal, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada.
MELINDUNGI KELUARGA
Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.

Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.

Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah Takaful keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.
MENYELESAIKAN HUTANG & PINJAMAN
Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal atau Meninggal Dunia? Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?

Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?

Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah Takaful.
MENGEKALKAN GAYA HIDUP
Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?

Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?

Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.
MELINDUNGI ASET DAN PELABURAN
Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang oleh kerana tiada perancangan dibuat untuk melindungi aset-aset anda.

Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.
ELAKKAN DARI MEMINTA-MINTA
“Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta” pernahkah anda dengar kenyataan ini?

Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?

Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!
 
FAKTA PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA

RM42 Billion Harta Beku & Tak Dituntut


Apabila berlakunya kematian,semua harta & akaun si mati termasuk Simpanan Bank, Pelaburan-Pelaburan, ASB, EPF akan dibekukan bagi melalui proses wasiat atau faraid.

Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk waris/ahli keluarga mendapatkan wang dengan segera bagi meneruskan hidup sementara harta-harta yang dibekukan dapat dicairkan semula.

Hibah Takaful juga dapat bantu mengelakkan konflik & perbalahan dalam ahli keluarga disebabkan perebutan harta yang ditinggalkan. Hal ini kerana, Hibah Takaful tidak boleh dipertikai dan dicabar oleh sesiapa sahaja & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.

 
 
KELEBIHAN HIBAH AIA TAKAFUL


Mengapa Anda Perlu Pilih Hibah AIA Takaful?

  • Perlindungan hibah keluarga daripada RM50K sehingga RM4 Juta tanpa perlu melalui medical check up.
  • Bayaran pampasan 100% untuk kematian biasa.
  • Bayaran pampasan 200% untuk kematian disebabkan kemalangan dan kemalangan ketika mengerjakan ibadah haji.
  • Bayaran pampasan 300% untuk kematian ketika menaiki pengangkutan awam.
  • Bayaran pampasan 600% untuk kematian ketika bencana alam.
  • Rekod bayaran pampasan yang tinggi RM3.19 billion pada tahun 2022 sahaja
  • Semua prosedur untuk mendaftar dan 'Signup' pelan Hibah AIA Takaful boleh dibuat online sahaja tanpa perlu berjumpa.
PERMOHONAN HIBAH AIA TAKAFUL


Bagaimana Jika Anda Ingin Memohon Pelan Hibah AIA Takaful?

 
TESTIMONIAL


Nak Apply Pelan AIA Takaful Kini Sangat Mudah!

Jom Kita Lihat Apa Kata Mereka..

1
12
14
3
16
8
13
2
19
17
15
11
7
10
18
6
9
4
5
1 12 14 3 16 8 13 2 19 17 15 11 7 10 18 6 9 4 5
KETAHUI LEBIH LANJUT


Dapatkan QUOTATION PERCUMA & Dapatkan Promosi Terbaik Sekarang!

INFO PENTING

  • Setiap individu mempunyai nilai caruman yang berbeza mengikut kepada Profile Gaya Hidup masing-masing. Sila lengkapkan Profile Gaya Hidup anda selengkapnya untuk mendapatkan nilai Premium Bulanan yang tepat.
  • Dengan melengkapkan Profile Gaya Hidup ini, anda masih belum membuat pembelian polisi takaful lagi. Profile Gaya Hidup ini hanyalah digunakan untuk menyatakan PROPOSAL sahaja.
 

ISI MAKLUMAT BERIKUT SELENGKAPNYA

Anda telah pun berjaya menghantar borang permohonan Quotation Percuma sebelum ini. Sila berhubung dgn perunding takaful kami sekiranya anda ingin mengubah sebarang maklumat yg anda telah berikan dalam permohonan terdahulu.