Kepentingan Takaful
Takaful adalah sejenis Insurans Patuh Shariah, di mana Peserta Takaful menyumbang wang ke dalam Tabung Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain dalam menguruskan risiko. Takaful diwujudkan berdasarkan prinsip-prinsip kerjasama. Dalam erti kata lain, Takaful memerlukan semua peserta yang terlibat bersetuju untuk berkongsi risiko dan berkongsi keuntungan pelaburan yang diperolehi secara bersama.
Takaful merupakan suatu keperluan dan telah menjadi salah satu bahagian yang penting dalam kehidupan kita. Ia membantu kita untuk melindungi kesihatan, rumah, harta benda, dan juga keluarga. Tanpa Takaful, kita perlu membayar keseluruhan kos yang diperlukan atas sebarang kerugian yang ada apabila berlaku perkara yang tidak diduga. Ianya akan menjadi sukar dan bukan semua orang mampu untuk membiayai jumlah keseluruhan kos yang diperlukan. Contohnya, jika anda mengalami kemalangan jalan raya dan setelah kenderaan anda dinilai untuk mengetahui jumlah kos yang diperlukan untuk baik pulih kenderaan, takaful boleh membiayai kesemuanya. Jika anda dimasukkan ke hospital kerana penyakit atau mengalami kecederaan, takaful juga akan menanggung sebahagian besar kos rawatan anda di hospital.
Takaful sangat penting kerana ia membantu kita menguruskan risiko yang anda hadapi setiap hari. Mustahil untuk anda menghapuskan semua risiko 100%, tetapi setidaknya takaful boleh membantu anda untuk menguruskannya. Apabila anda membuat sumbangan caruman Takaful, anda berkongsi risiko dengan Peserta Takaful yang lain. Mengikut perjanjian, Syarikat Takaful bersetuju untuk berkongsi risiko dan keuntungan pelaburan bersama dengan kesemua Peserta Takaful.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis Takaful yang anda boleh dapatkan seperti Takaful Kesihatan, Takaful Hayat atau Takaful Hibah, Takaful Motor & Kenderaan, Pemilik Rumah dan Perniagaan. Setiap jenis Takaful menyediakan perlindungan terhadap pelbagai jenis risiko. Adalah penting untuk anda mempunyai jenis Takaful yang betul dan nilai perlindungan Takaful yang mencukupi bagi melindungi diri dan keluarga anda daripada menghadapi kesulitan kewangan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diduga.
Takaful Pilihan No.1 Rakyat Malaysia
Takaful Hayat
Kebanyakan sijil Takaful Hayat (lebih dikenali sebagai Hibah Takaful) melindungi kematian akibat sebab semula jadi, seperti penyakit jantung atau kanser. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kondisi yang mana manfaat perlindungan tidak akan dibayar jika Peserta Takaful meninggal dunia atas sebab yang tidak wajar, misalnya seperti terlebih dos dadah. Adalah penting untuk anda ambil tahu tentang manfaat perlindungan yang terkandung dalam mana-mana sijil Hibah Takaful sebelum mendaftar untuk memastikan ianya dapat memenuhi keperluan anda.
Terdapat pelbagai jenis sijil Hibah Takaful yang terdapat di pasaran pada hari ini. Setiap jenis pelan mempunyai struktur manfaat dan ciri-cirinya yang tersendiri, dan memilih pelan yang sesuai untuk diri anda dan keluarga boleh menjadi suatu tugas yang sangat sukar. Bagi membantu anda untuk membuat keputusan terbaik, berikut ialah penerangan ringkas tentang jenis sijil Hibah Takaful yang kebiasaannya menjadi pilihan ramai di Malaysia.
Sijil Hibah Takaful Seumur Hidup adalah salah satu jenis Hibah Takaful yang paling popular. Sijil Hibah Takaful jenis ini menawarkan perlindungan untuk sepanjang hayat ke atas pemegang polisi, selagi sumbangan caruman Takaful dibayar. Sijil Hibah Takaful Seumur Hidup juga mempunyai komponen nilai tunai, yang bermaksud bahawa pemilik sijil Hibah Takaful ini boleh mengeluarkan sebahagian dana yang terkumpul mengikut terma dan syarat, sekiranya memerlukan.
Sijil Hibah Takaful Bertempoh juga merupakan salah satu jenis Hibah Takaful yang popular di Malaysia. Sijil Hibah Takaful jenis ini menyediakan perlindungan untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan, biasanya 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun. Sijil Hibah Takaful Bertempoh tidak mempunyai komponen nilai tunai, yang menjadikan sumbangan caruman bagi sijil Hibah Takaful ini kebiasannya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan Sijil Hibah Takaful Seumur Hidup.
Dengan adanya pelbagai pilihan Sijil Hibah Takaful ini, cara yang terbaik untuk anda menilai dan membuat pilihan adalah dengan mendapatkan nasihat daripada Perunding Takaful berdaftar yang berpengalaman untuk mendapatkan konsultasi terbaik.
Hibah Takaful boleh digunakan untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku kematian ke atas Peserta Takaful. Ianya boleh membantu meringankan beban yang perlu ditanggung oleh keluarga misalnya untuk membayar perbelanjaan pengebumian, atau untuk membayar hutang-hutang yang telah ditinggalkan oleh si mati. Hibah Takaful juga boleh digunakan untuk membantu menampung perbelanjaan jangka masa panjang, seperti rumah, kereta dan perbelanjaan untuk kehidupan seharian.
Hibah Takaful boleh menjadi suatu topik yang rumit dan lama untuk dibincangkan. Jadi, ianya sangat penting untuk anda bekerjasama dengan Perunding Takaful berdaftar yang berpengalaman bagi membantu anda memilih Sijil Takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Takaful Kesihatan
Terdapat pelbagai jenis Takaful Kesihatan yang boleh didapati di Malaysia pada hari ini dan setiap satunya pasti mempunyai manfaat yang berbeza. Jenis Takaful Kesihatan yang paling asas ialah Kad Perubatan Takaful atau lebih dikenali sebagai 'Medical card'. Medical Card Takaful ini dapat membantu anda untuk membayar kos rawatan jika anda dimasukkan ke hospital. Kos rawatan yang dimaksudkan termasuklah perkara-perkara seperti kos harian penginapan, makanan dan penjagaan kejururawatan. Ia juga boleh menampung kos yang diperlukan untuk menjalani sebarang ujian atau rawatan yang diperlukan semasa berada di hospital.
Kebanyakan Medical Card Takaful juga akan melindungi anda untuk rawatan pesakit luar, iaitu rawatan yang anda terima sebelum dimasukkan ke hospital dan rawatan susulan selepas 'discharge' daripada hospital. Perkara-perkara lain yang akan dilindungi oleh Medical Card Takaful ini juga termasuklah lawatan doktor atau GP (General Practitioner), rundingan pakar, ujian dan imbasan. Sesetengah Medical Card Takaful juga akan melindungi anda untuk perkara-perkara seperti rawatan pergigian, fisioterapi dan rawatan terapi alternatif seperti akupuntur.
Medical Card Takaful Bekelompok juga merupakan salah satu jenis Takaful Kesihatan. Medical Card Takaful Berkelompok adalah kontrak antara Syarikat Takaful dengan organisasi atau kumpulan. Syarikat Takaful bersetuju untuk melindungi kos perbelanjaan perubatan orang yang dilindungi dalam organisasi tersebut sehingga had yang dipersetujui. Organisasi yang dilindungi pula akan membuat sumbangan caruman Takaful seperti yang dipersetujui kepada Syarikat Takaful.
Nilai Sumbangan Caruman Takaful
Nilai sumbangan caruman bagi setiap jenis Takaful biasanya ditentukan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang akan mempengaruhi nilai sumbangan caruman Takaful adalah seperti jantina, umur, status merokok, dan pekerjaan. Status kesihatan juga akan diambil kira. Penting untuk anda mendapatkan apa sahaja jenis Takaful di usia muda dan ketika anda masih mempunyai status kesihatan yang baik bagi mendapatkan nilai sumbangan caruman yang ideal dengan status kewangan anda.
MyTakafulAgent.Com
MyTakafulAgent.Com merupakan portal yang memberikan info-info terkini berkenaan pelan Takaful oleh syarikat AIA Public Takaful. Jika anda sedang mencari pelan Medical Card AIA Takaful atau pelan Hibah AIA Takaful yang dapat memenuhi keperluan anda dan keluarga, anda boleh dapatkan Quotation Percuma di sini. Perunding Takaful kami yang berpengalaman akan memberikan konsultasi terbaik untuk anda.